LAPORKAN
Rokok seludup mengandungi bahan tidak terkawal dan dijalankan oleh penjenayah yang tidak membayar cukai. Gejala ini membabitkan masyarakat sekaligus mengakibatkan kadar perokok bawah umur bertambah.
HALANG
Jenayah Dalam Kejiranan
HENTIKAN
Segera seludup rokok kejiranan kami
Previous
Next

LAPORAN TERKINI PREMIS SELUDUP

Kami

Demi hari esok yang lebih baik – hapuskan jualan rokok seludup dikalangan komuniti kita.

Strategi

Mengenal pasti dan senaraikan kedai menjual rokok seludup dikalangan komuniti – memberi notis kepada pihak berkuasa dan ahli komuniti yang lain untuk mengambil tindakan selanjutnya. Kami memberi amaran kepada kedai yang tidak bertanggungjawab dan memboikotkan kedai yang menyokong aktiviti jenayah dalam komuniti kami.

Bahaya Menghisap Rokok Seludup

1. Mengandungi bahan dan nikotin yang tidak terkawal.

2. Dibuat dalam tempat yang tidak diawasi. Suasana jijik – mengandungi serangga mati, pembiakan telur, najis serangga dan racun perosak dalam rokok seludup.

3. Pembuat dan penjual rokok seludup tidak membayar cukai kerajaan – bertujuan untuk dilaburkan semula ke dalam insfratruktur dan juga menaikkan jumlah kadar perokok.

4. Menaikkan kadar penghisap rokok bawah umur.

5. Penyeludupan rokok seludup akan melahirkan lebih ramai penjenayah yang menjual dan tidak beroperasi di bawah undang-undang.

Tindakan Keras Dikenakan Jika Menjual Rokok Seludup

Penjara: Minima 6 bulan
Denda: Minima RM100,000